Sunday, 27 September 2015

murai batu kepala putih semakin pupus

      Malam masih muda... salam sejahtera buat semua.. Saya bercadang untuk sambung menulis pengalaman dan diari mengenai hobi murai batu.. baiklah.. pada pembukaan saya ada bercakap tentang murai batu pertama saya berjaya tangkap tanpa sengaja melanggar pukat... Murai batu tu sebenarnya murai batu kepala hitam berekor panjang (LT).. ia bukanlah species berasal dari SABAH.. tapi mungkin dari semenanjung malaysia atau Indonesia... persoalannya.. bagaimana ia ada di situ???
      Jawapannya mudah... murai batu itu mungkin kepunyaan seorang penghobi dan ia terlepas keluar dari sangkar.. sungguh malang sekali.. Dulu saya tak sedar yang murai batu berekor panjang itu sesuatu yang tiada di tanah Sabah.. Jadi saya telah melepaskan satu peluang "EMAS"...
     EVAN, Murai batu mahkota pertama yang saya berjaya bela paling lama setakat ni.. baru 10 bulan ketika saya menulis artikel ini... mulanya saya tidak tahu yang murai batu sabah ni ada tompok putih di kepala.. bila dapat melihat sendiri barulah saya tau dan ia suatu pengalaman yang indah... berbalik pada youtube.. "murai batu dayang" "murai batu juara" video pertama saya lihat di youtube... uhhkkk!! badan kembang angguk-angguk??? saya tak minat... wal hal sekarang saya paling suka dengan si murai batu kepala putih ini..
     Dan ada sesuatu yang menggamit kekecewaan pada saya.. Murai batu kepala putih ataupun murai batu mahkota "white crowned shama" merupakan satu-satunya murai batu yang berasal dari sabah dan hanya didapati paling banyak di Sabah kerana kekayaan hutan yang masih terpelihara... NAMUN! sikap segelintir pemundul sekarang yang hanya tahu mengambil untung dengan spesis ini kerana harganya yang agak mengiurkan telah menjejaskan populasi murai batu mahkota ini sendiri.. Budaya mengambil anak murai batu dihutan atau kawasan species ini membiak telah menyebabkan populasi mereka semakin berkurang dan terancam..
       Keadaan seperti ini sekaligus menjejaskan kemandirian species murai batu pada masa akan datang... Sewajarnya saya sangat membenci perosak ini dan berharap mereka sedar.. "ANAK SUAP RM150" "SUDAH TAHU MAKAN SENDIRI" "BAKA BAIK" slogan demi slogan penjajah murai batu ini semakin berleluasa di media sosial.. Seakan-akan penjajahan murai batu telah menjadi sumber rezeki bagi mereka.. Ketawa tersenyum melihat pulangan yang cukup lumayan.. sedangkan bukan semua anak murai batu itu hidup dan selamat di tangan pembeli.. bahkan ada yang mati dan dengan ayat selamba mereka berkata anak mb telah mati diikuti gambar mayat mb yang telah mati ditambah emoticon sedih dan tanpa kita tahu, mb yg mati itu dibuang begitu sahaja tanpa prikemanusian dan rasa bersalah.. sedih pun hanya keran hilang potensi untuk membuat duit dgn anak mb tadi..
       Lagi mengecewakan bila ada segelintir penjajah ni mengambil kesempatan kepada penghobi baru dan tauke-tauke besar.. Menjual dengan harga yang cukup lumayan dan menjanjikan murai batu yang hebat dan boleh dibawa bertanding... Sedangkan najis di atas pelapik sangkar seperti gunung berapi... bekas air dan makanan tidak pernah dicuci sudah hijau ditumbuhi kulat... adakah mereka ini penghobi atau pengeksplotasi bersifat binatang??
       Maaflah jika kenyataan saya ini seperti menyerang kehidupan penjajah yang saya sebutkan tadi.. Kerana ini semua adalah kebenarannya.. Saya mohon kepada semua penghobi yang menyatakan mereka sebagai SHAMA LOVERS.. Jadikanlah hobi ini sebagai sesuatu yang lebih baik yang dapat menyatukan ikatan persahabatan daripada menjadikannya hanya sebagai sumber rezeki.. Menjual mb itu boleh, untuk memberi peluang generasi baru memiliki mb sendiri namun semuanya berhad.. Fikirkanlah sejenak masa depan Murai Batu Sabah.. Bagilah species ini kekuatan untuk menjaga populasi mereka agar tetap ada dan terhindar dari kepupusan murai batu mahkota di alam liar sampai Bila-bila..

-Bersambung...-

Friday, 25 September 2015

CIRI-CIRI MURAI BATU SUPER

Salam bertemu lagi.. 2 bulan lagi genap setahun saya berada di dalam hobi kicau mania ini.. semakin lama semakin banyak ilmu telah saya pelajari.. Itulah kebaikannya berhobi ni.. Apapun, apa khabar bakal pembaca?? diharapkan sihat dan baik2 sahaja disamping keluarga dan mb tercinta..

Hari ini saya ada satu topik yang saya pasti paling dan sangat diminati oleh penghobi tegar murai batu iaitu CIRI-CIRI MURAI BATU SUPER..

Murai batu yang baik (SUPER) yang berkemampuan untuk juara adalah terletak pada kicauannya, kesihatan dan gaya bertarung.. ketiga-tiga elemen ini harus dititik beratkan dahulu sebelum melihat secara fizikalnya yang kadang kala mempengaruhi prestasi..Ciri-ciri yang sangat popular yang disebut oleh kebanyakan pengiat hobi murai batu yang sering mempengaruhi prestasi dan mendominasi pertandingan ialah seperti:

1-Kaki berwarna hitam/gelap
2-Mata melotot
3-Kepala kotak (menceper)
4-Badan tidak terlalu besar
5-Ekor tidak terlalu panjang, rapat dan lurus atau bengkok ke bawah
6-Paruh bercelah
7-Badan seperti jantung pisang
8-Leher panjang
9-Bulu dada lebih cerah


Bermula dengan kaki hitam, mb berkaki hitam diklasifikasikan sebagai petarung handalan yang memiliki mental yang super.. tapi bagi saya, ia bergantung kepada baka mb itu juga.. sememangnya molek jika melihat mb berkaki hitam kerana paruhnya juga hitam.. kelihatan lebih seragam.. namun ada juga mb yang menjuarai pertandingan berkaki merah jambu..

Mata melotot, mata melotot bermaksud bola matanya besar bersinar dan bulat serta tersembul keluar sedikit.. mata sebegini memperlihatkan mb lebih garang dan galak dan dikatakan bermental baja.. Dan sebenarnya perkara ini ternyata betul.. Mata adalah benda untuk kita menguji kesihatan dan kecerdasan seekor mb.. Mb yang kurang sihat,  matanya tidak bersinar dan kusam bahkan kelihatan kuyu.. Jadi mata melotot adalah ciri mb yang sihat, cergas, cerdas dan mental sangat stabil..

Kepala kotak.. Kepala kotak bermaksud bentuk kepala mb agak bersegi di bahagian atas kepala.. seperti mata keadaan kepala juga boleh menjadi bahan uji sama ada mental mb stabil ataupun tidak.. mb yang sudah siap untuk bertarung bagi murai batu mahkota, bulu putih di kepalanya kelihatan kemas dan tersusun.. ini lah penyebab mengapa kepala mb kelihatan mengkotak ataupun lebih bergaung kerana bulu kening makin tersusun dan menegak.. ini petanda mentalnya sudah stabil dan sedia untuk dilatih atau dilawankan bahkan ditandingkan..

Badan tidak terlalu besar, mengapa badan tidak terlalu besar mendapat pilihan?? kerana badan yang sederhana atau kecil akan memliki ekor yang tidak panjang.. dan yang bertubuh besar sememangnya berekor lebih panjang dan berdaun lebar.. Bila berekor panjang, mb akan cepat kepenatan untuk mengangkat ekornya, ini mengurangkan pemberian mata semasa pertandingan.. dan seperti kita tahu, berbanding burung merbah kapur dan burung merbah yang lebih besar, ternyata merbah kapur lebih lincah.. Kelincahannya adalah disebabkan saiznya yang lebih kecil.. sama seperti burung pipit dan mata putih..


Ekor tidak terlalu panjang, rapat dan lurus atau bengkok ke bawah, Hal ini juga penting.. kelebihan ekor yang tidak terlalu panjang sudah saya sebutkan di atas, untuk ekor yang lurus dan rapat pula adalah berkaitan prestasi burung semasa berlawan.. bulu yang rapat dan lurus bermaksud tulang buntut mb lebih kukuh dan kuat oleh itu, ekornya akan sentiasa tersusun semula setiap kali selepas diangkat dan dimainkan.. ekor membengkok ke bawah pula adalah bonus, ini kerana ekor yang membengkok ke bawah akan menyebabkan ekor kelihatan panjang dan cantik jika dimainkan.. ini juga mempengaruhi mata..

Paruh bercelah, paruh bercelah tidak bermaksud apa-apa tetapi sumber udara yang lebih banyak akan membantu bunyi yang dihasilkan oleh Vokal Chord.. paruh bercelah bermaksud paruh yang jika ditutup ia tidak tertutup sempurna tetapi kelihatan ada ruang diantaranya.. keadaan ini membolehkan gelombang bunyi yang terhasil lebih membulat dan hujung setiap bunyi akan menjadi lebih sempurna dan jelas kerana bunyi terhasil adalah disebabkan getaran pada udara..

Badan seperti jantung pisang.. ciri ini saya sangat duka.. badan mb seperti jantung ialah mb yang memiliki dada yang lebar.. ramai orang mencari badan yang panjang, apa yang mereka harapkan?? adakah jantung yang lebih panjang?? berlainan dengan dada yang lebar.. dada yang lebar bermaksud paru-paru mb lebih lebar dan besar ruang diafragmanya.. seperti seorang penyanyi yang baik akan melatih vocalnya dengan menambah keupayaan diafragma agar dapat menyanyi dengan nafas yang panjang dan tidak semput.. ini terbukti sendiri bila dua ekor ayam baka kampung yang berbadan nipis dan ayam sabung yang berdada lebar tapi bersaiz sama besar, jika di sembelih dan dibandingkan paru-paru mereka, ternyata sangat berbeza..inilah maksud saya sebenarnya.. sebab itulah ayam sabung setelah ditrain, dadanya akan berkembang sama seperti atlet renang.. dada dan paru2 yang lebar sudah tentu menjamin stamina mb lebih mantap dan tahan lama..

Leher panjang.. mb berleher panjang mempunyai vokal yang padu, ini kerana laluan udara keluar ke mulut yang lebih panjang menyebabkan bunyi yang terhasil lebih jitu.. ini kerana vokal chord terletak pada leher(halkum).. seperti trompet, seksefon dan seruling.. apa akan terjadi jika ia dipendekkan dan mengapakah ia dibuat bersaiz panjang?? inilah fakta mengapa mb leher panjang bercirikan juara..

Bulu dada lebih cerah.. warna bulu dada yang lebih cerah terlihat lebih cantik apa lagi bagi murai batu mahkota yang akan mengembangkan bulunya setiap kali berchai.. bulu dada yang cerah ini tidak berkaitan dengan mental namun kebiasaannya mb berdada cerah adalah bersaiz lebih kecil dan mendominasi ciri 2,4,5,7,8 dan ciri 9 semestinya selain kelihatan lebih menonjol dan menarik perhatian juri.. sebab itu mb jenis ini menjadi rebutan para pencinta murai batu..

Selain ciri yang disebutkan tadi.. gaya mainan juga sangat penting... ciri-ciri gaya mainan seekor murai batu mahkota juara adalah sangat mempengaruhi kejuaraan seekor MB di arean tanding... ikuti sambungan blog ini..

-Bersambung-

Wednesday, 23 September 2015

CARA MEMBEZAKAN JANTINA MURAI BATU

Salam Hari Raya Aidil Adha dan salam sejahtera kepada semua..

Tiap kali menulis coretan dalam blog ni memang happy saja perasaan ni.. so, di kesempatan kali ini, saya nak pula kongsi cara-cara untuk membezakan murai batu JANTAN dan BETINA.. memang ramai yang masih keliru untuk membezakan jantina murai batu.. Seperti saya juga, biarpun banyak kaedah untuk menilik jantina murai batu boleh didapati dalam blog2 atau laman web dan dari perkongsian penggiat hobi yang terdahulu, saya masih juga keliru dan gagal menilik jantina murai batu ini kadang-kadang..

Berbalik kepada kaedah yang ada sekarang, saya akan ulaskan satu persatu kaedah sedia ada dan kekurangannya.. Baiklah, bermula dengan :-

1 - Saiz badan murai batu..
Mengikut pemerhatian, murai batu yang berbadan lebih besar adalah jantan dan begitulah sebaliknya kepada betina.. Namun, cara ini tidak dominan kerana ada juga sesetengah murai batu jantan bersaiz kecil seakan betina walaupun dari baka yang sama.. Terutamanya murai batu mahkota @ kepala putih (haji) yang terdapat di kawasan borneo iaitu di Sabah/kalimantan utara yang memiliki pola saiz badan yang sangat variasi.. Jadi bagi saya kaedah melihat saiz badan ini tidak kukuh dan seharusnya ditambah kaedah lain..

2 - Bunyi murai batu..
Bunyi murai batu jantan ternyata lebih banyak variasinya berbanding betina, bagi saya ini agak kukuh untuk dijadikan rujukan namun kekurangannya apabila menilik murai batu dalam sangkar yang bukan milik kita yang belum mahu berbunyi dan bukan menjadi tangkapan kita dari hutan.. Oleh itu kaedah ini hanya sesuai dipraktikkan semasa menangkap murai batu liar atau menilik murai batu yang dibela dari anak suap..

3 - Warna bulu hitam..
Warna si murai batu jantan biasanya kelihatan kehitaman dan kebiru-biruan manakala murai batu betina kelihatan lebih kusam atau kelabu tapi bagi murai batu borneo, bulu jantan dan betina hampir sama bahkan si jantan juga ada yang berbulu kusam dan mb berbulu kusam dikatakan mempunyai semangat juang yang cukup tinggi.. Jadi bagi saya, melihat warna bulu hitam adalah sangat subjektif..

4 - Ekor lebih panjang..
Ekor si jantan kebiasaannya panjang berbanding betina.. Tetapi murai batu mahkota nampaknya menyulitkan kaedah ini kerana murai batu mahkota rata2 memiliki ekor yang pendek dalam ukuran 3-5 inch.. Kepanjangan ekor sama ada jantan atau betina.. Bila si jantan bersaiz kecil maka ekornya juga akan tersedia lebih pendek.. Dan menurut kaedah ini juga, jarak antara bulu ekor putih dan hitam bagi betina tidak melebihi 1 inch berbanding si jantan yang jaraknya jauh lebih besar.. Namun banyak juga murai batu jantan memliki ekor hitam sama panjang keempat-empatnya yang disebut ekor papan, maksudnya jarak bulu putih dan hitam adalah kurang dari 1 inch.. Oleh sebab itu kaedah melihat panjang ekor juga masih blum cukup kukuh..

5 - Kaki, Kuku dan Paruh..
Melihat panjang kaki, kuku dan paruh menyebut bahawa jika 3 aspek ini terlihat pendek maka ia adalah mb betina, walhal 3 aspek ini sangat subjektif.. Bagi panjang kaki, sebenarnya yang membuatkan ia kelihatan berbeza panjang adalah kerana cara mb berdiri, ada mb berdiri tegak ada juga yang suka untuk tunduk.. tapi bila kita mendekatkan kedua kaki mb yg berlainan ini, ia sebenarnya sama panjang.. Kuku dan paruh juga sama, kuku dan paruh boleh patah dan tumbuh atau haus.. Dan murai batu jantan jika berparuh pendek, ia sangat suka berbunyi dan dapat meniru suara masteran dengan lebih baik ini kerana saiz vocal chord mb berparuh pendek lebih besar.. jika dikatakan paruh pendek suaranya tidak baik ia salah kerana bunyi yang terhasil kualitinya dipengaruhi oleh saiz vocal chord..

6 - Kepala leper (kotak)
Bentuk kepala leper dikatakan sebagai mb jantan begitu juga sebaliknya yang lebih bulat adalah betina.. Tetapi saya akan membantah kaedah ini kerana jika dua mb berlainan jantina dibasahkan kepalanya, bentuk kepala adalah sama.. lebih kepada bentuk M atau seperti kawah.. Yang membuatkan bentuk leper (kotak) ialah bulu kepala sahaja.. bila mb berada dalam keadaan sihat, dan mentalnya stabil kepalanya akan terlihat lebih mendatar.. Jadi perkara ini harus dibincangkan lagi..

7 - Mata lebih melotot
Mata murai batu jantan terlihat lebih galak berbanding betina yang kelihatan lebih kecil.. namun bentuk mata murai batu sangat-sangat variasi.. tidak semua murai batu jantan bermata melotot.. ada yang berbentuk bulat, bujur menegak, bujur mendatar dan ada yang leper.. jadi mata bukan kunci utama..


Sebenarnya saya sendiri akui sangat susah untuk membezakan jantina murai batu.. Saya sendiri sokong kenyataan itu.. Berbanding dengan murai batu kepala hitam, murai batu kepala putih mengalami kerumitan tersendiri..

Baiklah setelah melihat kaedah menilik jantina murai batu dan kekurangannya, Saya telah cuba untuk mencari dan mengkaji cara ampuh untuk membezakan jantina burung yang istimewa ini.. Akhirnya saya menemui kaedah saya sendiri yang bagi saya sangat mudah dan senang untuk dipraktikkan jika semua kaedah diatas setelah dicuba tapi masih mengelirukan dan tidak mencukupi.. Ini bukanlah kaedah yang hebat tapi bagi saya ianya adalah yang terbaik untuk saya sendiri..

1 - Kaedah pertama ialah melihat muka murai batu.. murai batu betina hujung pangkal garisan mulut terlihat lebih menjauhi bola mata ataupun hujungnya tidak akan berada di bawah bola mata tetapi antara 2mm atau betul2 menyentuh bebola mata jika dibuat garisan paksi semasa kepala berada dalam keadaan sejajar seperti dalam gambar rajah.. Bagi mb jantan pula, jarak hujung pangkal garisan mulut akan melebihi sedikit garisan mata atau melebihi banyak dan berada di bawah bola mata dan hujung garisan akan menjunam ke bawah sedikit membuatkan ia kelihatan agak garang..





MURAI BATU BETINA

MURAI BATU JANTAN EKOR PAPAN

MURAI BATU BETINA

DAYANG MURAI BATU JUARA JANTAN
2 - Kaedah kedua ialah menggunakan Torch Light atau lampu suluh.. Jika kita memiliki seekor mb yang berciri betina melalui 6 tilikan yang saya sebutkan diawal tadi namun masih keliru, ambil sebuah lampu suluh BERCAHAYA PUTIH, halakan kearah bulu sayap pada pangkal seperti dalam gambar rajah.. Perhatikan bulu2 kecil sekitarnya jika melihat secara pandang terus kita tidak akan dapat mengesannya.. tapi dengan lampu suluh bercahaya putih, jelas kelihatan ada bulu2 kecil yg hujungnya berwarna emas.. Ini menunjukkan murai batu tadi adalah betina.. murai batu betina kebiasaannya pada lehernya yang bewarna hitam akan terselit bulu2 yang berwarna perang emas.. tidak seperti jantan walaupun berbulu kusam, warna perang keemasan itu sama sekali tidak akan wujud malah dengan lampu suluh pun yang terlihat hanyalah bulu hitam atau pudar..




Kaedah seterusnya ialah memeriksan alat kelamin mb tetapi saya rasa ini suatu yang agak susah untuk anda lakukan dan cukuplah dua kaedah tadi sahaja..

Saya rasa dua kaedah ini sangat mudah dan sangat ringkas untuk dipraktikkan bagi sesiapa yang mengalami kesulitan.. saya berharap, dengan adanya kaedah ini sekaligus akan memudahkan bagi mereka yang meminati hobi ini.. Semoga ia akan memberi manfaat kepada kita.. sekian terima kasih.. Ikuti sambungan seterusnya..

-BERSAMBUNG-

Tuesday, 21 July 2015

      Salam dan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin.. Mewakili seluruh ahli keluarga saya semuanya..
      So, macam mana raya tahun ni?? rasanya bagi saya seronok sebab ramai orang datang berkunjung terutamanya saudara mara.. Terasa hari raya tahun ni indah dan meriah..
      Apa yang best rumah terbuka tahun ini ialah juadah yang tersedia adalah berunsurkan daging rusa ataupun payau.. dari sup, rendang sampailah ke sate.. Pengalaman yang tak mudah terlupakan... haha...

   
      Beralih kepada topic blog ini iaitu murai batu.. Nampak gayanya murai batu saya adalah hero raya tahun ni.. apa tidaknya.. sebelum melangkah masuk ke rumah kami yang tak seberapa ni terpaksa melalui sangkar tergantung berisi murai batu.. hehe..


      Sebenarnya ada sesuatu yang mesti saya kongsikan hari ini.. iaitu.. dengan cara menggantung sangkar di luar rumah tempat orang lalu lalang terutamanya pada waktu raya ni dapat membantu menjinakkan murai batu sekaligus memperkenalkan mereka kepada manusia..
      Hero raya tahun ni si murai batu menjadi buah mulut orang ramai yang berkunjung.. dari pertanyaan burung apakah itu hinggalah jual kah?? apa makanannya?? dari mana dapat?? dan cantiknya... hahaha... jadi walaupun kita mungkin seorang yang tak banyak cakap tp bila orang bertanya sesuatu yang kita minati.. nah barulah ada cerita hari raya ni kan.. hehe..
      Sehari suntuk murai batu terdedah dengan manusia dan bunyi-bunyian serta suara orang bercerita dan ketawa dan diselfiekan membawa satu perubahan besar kepada murai batu saya.. iaitu..
1- murai batu bertambah jinak..
2- rajin berbunyi
3- banyak bunyi baru
4- tambah garang (rasa dirinya raja)
5- selera makan bertambah (tidak stress lagi)
6- molting bulu lama (mencantikkan diri)
dan yang terakhir.. tuannya berasa bangga.. hehehe..
      Ada tapinya.. jangan letak murai batu terlalu rendah.. paling bagus 3 jengkal dr kepala atau 9-10 kaki dr tanah.. supaya tiada yang dapat menyentuh sangkar tapi mb masih boleh melihat manusia.. sebabnya untuk mengelak orang menggoyangkan sangkar sama ada sengaja atau terlanggar.. lagi bahaya kalau ada yang memberi mb tu benda asing.. tambah stress burung tu nanti.. haha..


      Murai batu saya sekarang bertambah jinak dan mahu berbunyi.. sudah namanya dari liar maka terasa gembira bila ada perubahan pada burung kita bukan.. hehe
      Mungkin itu saja perkongsian saya pada kali ini.. sekali lagi.. selamat hari raya maaf zahir batin..

Thursday, 18 June 2015

SELAMAT DATANG KE BLOG INI

      Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca.. Sedikit formal pada kata pembuka.. hehe.. saya akan teruskan menulis dengan kata-kata yang lebih kasual.. saya akan cuba.. hehe..
      Blog baru saya ini adalah mengenai hobi baru saya iaitu membela murai batu... Sesuai sekali saya mulakan blog saya ni pada permulaan bulan ramadhan tahun 2015 ni.. jadi akan menjadi memori indah buat saya satu saat nanti..
      Saya sangat senang hati untuk mulakan cerita bagaimana saya terjerumus dalam hobi yang menyeronokan ini... Saya mula tertarik dengan keindahan murai batu sebenarnya bermula pada 8 bulan yang lalu iaitu 18 november 2014 yang lalu.. Hakikatnya saya tak pernah terfikir pun untuk membela murai batu kerana saya ni taklah pandai sangat membela burung pemakan serangga ni.. Tapi bila seorang kawan saya yang suka digelar sebagai ''JOE'' bertanyakan kalau ada murai batu di kawasan perumahan saya, dan menyuruh saya menangkapnya.. Di sana lah saya mulai mencari tau tentang murai batu.. Bermula daripada carian internet.. Saya temui "fakta" bahawa murai batu ini ialah burung yang berwarna hitam, berdada oren dan berekor panjang rupawan... sy terfikir sejenak... mana mungkin ada burung secantik itu di kawasan berhampiran bandar walaupun sekitarnya masih hutan.. Lalu saya melihat youtube... Di sana saya dapat lihat gaya dan suara murai batu agak aneh dan lucu.. Setelah mencari tau apa itu murai batu.. Saya bersedia untuk menangkapnya..
      Bermula dengan pemasangan pukat secara "random".. Pada mulanya tiada apa yg saya dpt.. kemudian saya mencari tau cara menangkap murai batu.. Seorang penangkap atau pemundul murai batu akan menggunakan seekor murai batu pemikat sebagai umpan, sama ada perangkapnya pukat atau jebak... kemudian saya berfikir.. "mana mungkin dapat tangkap murai batu kalau tiada pemikat" tapi nasib saya baik.. keesokan harinya, oleh kerana saya memasang pukat bersifat "permanent",. Pagi itu seekor burung tersangkut pada pukat.. MURAI BATU!!!!!! ya memang murai batu... warna hitam gelap, dada oren gelap dan ekor yang sangat panjang..WOW!!.. saya segera mencari sangkar untuk memenjaranya sementara kawan saya datang.. 2 hari selepas itu kawan saya tetap tidak datang.. sebenarnya saya tak sempat bagitau dia pun.. hehe.. saya membuat keputusan untuk melepaskan murai batu itu kembali kerana khuatir ia akan mati.. almaklumlah.. saya masih amatur... hahaha
       Sejak hari itu murai batu tadi tidak kelihatan lagi.. satu hari sewaktu bangun pagi, saya dikejutkan dengan bunyi gemersik bercampur garau mengetuk-ngetuk cermin jendela bilik saya.. Rupanya seekor murai batu sedang melawan diri sendiri.. saya hanya ketawa tersenyum.. saya teruskan pencarian mengenai murai batu melalui internet.. apa yang saya jumpa.. saya tertarik dengan keindahan sangkar murai batu.. kemudian saya memutuskan untuk membuat sangkar kayu sendiri sebelum menangkap murai batu nanti.. bunyinya macam "hebat" bukan?? Seminggu kemudian, Sangkar pertama dalam hidup saya sudah siap.. Kegembiraan menyelubungi.. Sehari kemudian saya berjumpa dengan jiran baru sebelah rumah.. Apa yang baiknya dia juga penghobi tegar murai batu sejak dulu.. entah apa ceritanya sehingga hal murai batu boleh terkeluar.. haha.. dia banyak mengajar saya tentang murai batu.. sebenarnya dia lah sifu saya..
      Kerana tiada pemikat, Saya menggunakan MP3 sound untuk menjadi medium pemikat seperti yang ada dalam internet.. Petang hari jumaat itu saya dan jiran saya memasang pukat di hutan berhampiran dan cuba memikat dengan bunyi murai batu mp3 yang saya download dari youtube berjodol "suara murai batu berdurasi panjang".. sangat mengujakan kerana ini hari pertama saya mundul... hehe.. Seminit kemudian sepasag murai batu cuba mengancam bunyi mp3.. Di sana baru saya faham bahawa murai batu ni berani.. Selama menunggu, kawan saya banyak mengajar saya cara mengenal bunyi murai batu.. tapi nampaknya tiada nasib hari itu.. takpa, esok itu takan mati.. tomorrow never die.. hehe
      Keesokan harinya.. saya berusaha lagi.. petang itu sekitar jam 2 hari sabtu.. satu saat cemas telah terjadi.. murai batu idaman telah tewas.. di sana saya belajar sesuatu.. untuk memastikan murai batu melanggar pukat.. sound bunyi itu harus dipindah-pindahkan oleh kita secara berhati2 untuk mengalih perhatian burung.. sampai sekarang saya masih ingat detik itu.. kaki dan tangan menggeletar.. haha.. atas nasihat kawan.. murai batu itu hidup dan cepat memakan dedak.. murai batu yang bertuah itu saya beri nama EVAN.. bermula lah minat saya terhadap murai batu ini..
ikuti sambungan blog saya.. sekian..

-bersambung-