Tiap kali menulis coretan dalam blog ni memang happy saja perasaan ni.. so, di kesempatan kali ini, saya nak pula kongsi cara-cara untuk membezakan murai batu JANTAN dan BETINA.. memang ramai yang masih keliru untuk membezakan jantina murai batu.. Seperti saya juga, biarpun banyak kaedah untuk menilik jantina murai batu boleh didapati dalam blog2 atau laman web dan dari perkongsian penggiat hobi yang terdahulu, saya masih juga keliru dan gagal menilik jantina murai batu ini kadang-kadang..
Berbalik kepada kaedah yang ada sekarang, saya akan ulaskan satu persatu kaedah sedia ada dan kekurangannya.. Baiklah, bermula dengan :-
1 - Saiz badan murai batu..
Mengikut pemerhatian, murai batu yang berbadan lebih besar adalah jantan dan begitulah sebaliknya kepada betina.. Namun, cara ini tidak dominan kerana ada juga sesetengah murai batu jantan bersaiz kecil seakan betina walaupun dari baka yang sama.. Terutamanya murai batu mahkota @ kepala putih (haji) yang terdapat di kawasan borneo iaitu di Sabah/kalimantan utara yang memiliki pola saiz badan yang sangat variasi.. Jadi bagi saya kaedah melihat saiz badan ini tidak kukuh dan seharusnya ditambah kaedah lain..
2 - Bunyi murai batu..
Bunyi murai batu jantan ternyata lebih banyak variasinya berbanding betina, bagi saya ini agak kukuh untuk dijadikan rujukan namun kekurangannya apabila menilik murai batu dalam sangkar yang bukan milik kita yang belum mahu berbunyi dan bukan menjadi tangkapan kita dari hutan.. Oleh itu kaedah ini hanya sesuai dipraktikkan semasa menangkap murai batu liar atau menilik murai batu yang dibela dari anak suap..
3 - Warna bulu hitam..
Warna si murai batu jantan biasanya kelihatan kehitaman dan kebiru-biruan manakala murai batu betina kelihatan lebih kusam atau kelabu tapi bagi murai batu borneo, bulu jantan dan betina hampir sama bahkan si jantan juga ada yang berbulu kusam dan mb berbulu kusam dikatakan mempunyai semangat juang yang cukup tinggi.. Jadi bagi saya, melihat warna bulu hitam adalah sangat subjektif..
4 - Ekor lebih panjang..
Ekor si jantan kebiasaannya panjang berbanding betina.. Tetapi murai batu mahkota nampaknya menyulitkan kaedah ini kerana murai batu mahkota rata2 memiliki ekor yang pendek dalam ukuran 3-5 inch.. Kepanjangan ekor sama ada jantan atau betina.. Bila si jantan bersaiz kecil maka ekornya juga akan tersedia lebih pendek.. Dan menurut kaedah ini juga, jarak antara bulu ekor putih dan hitam bagi betina tidak melebihi 1 inch berbanding si jantan yang jaraknya jauh lebih besar.. Namun banyak juga murai batu jantan memliki ekor hitam sama panjang keempat-empatnya yang disebut ekor papan, maksudnya jarak bulu putih dan hitam adalah kurang dari 1 inch.. Oleh sebab itu kaedah melihat panjang ekor juga masih blum cukup kukuh..
5 - Kaki, Kuku dan Paruh..
Melihat panjang kaki, kuku dan paruh menyebut bahawa jika 3 aspek ini terlihat pendek maka ia adalah mb betina, walhal 3 aspek ini sangat subjektif.. Bagi panjang kaki, sebenarnya yang membuatkan ia kelihatan berbeza panjang adalah kerana cara mb berdiri, ada mb berdiri tegak ada juga yang suka untuk tunduk.. tapi bila kita mendekatkan kedua kaki mb yg berlainan ini, ia sebenarnya sama panjang.. Kuku dan paruh juga sama, kuku dan paruh boleh patah dan tumbuh atau haus.. Dan murai batu jantan jika berparuh pendek, ia sangat suka berbunyi dan dapat meniru suara masteran dengan lebih baik ini kerana saiz vocal chord mb berparuh pendek lebih besar.. jika dikatakan paruh pendek suaranya tidak baik ia salah kerana bunyi yang terhasil kualitinya dipengaruhi oleh saiz vocal chord..
6 - Kepala leper (kotak)
Bentuk kepala leper dikatakan sebagai mb jantan begitu juga sebaliknya yang lebih bulat adalah betina.. Tetapi saya akan membantah kaedah ini kerana jika dua mb berlainan jantina dibasahkan kepalanya, bentuk kepala adalah sama.. lebih kepada bentuk M atau seperti kawah.. Yang membuatkan bentuk leper (kotak) ialah bulu kepala sahaja.. bila mb berada dalam keadaan sihat, dan mentalnya stabil kepalanya akan terlihat lebih mendatar.. Jadi perkara ini harus dibincangkan lagi..
7 - Mata lebih melotot
Mata murai batu jantan terlihat lebih galak berbanding betina yang kelihatan lebih kecil.. namun bentuk mata murai batu sangat-sangat variasi.. tidak semua murai batu jantan bermata melotot.. ada yang berbentuk bulat, bujur menegak, bujur mendatar dan ada yang leper.. jadi mata bukan kunci utama..
Sebenarnya saya sendiri akui sangat susah untuk membezakan jantina murai batu.. Saya sendiri sokong kenyataan itu.. Berbanding dengan murai batu kepala hitam, murai batu kepala putih mengalami kerumitan tersendiri..
Baiklah setelah melihat kaedah menilik jantina murai batu dan kekurangannya, Saya telah cuba untuk mencari dan mengkaji cara ampuh untuk membezakan jantina burung yang istimewa ini.. Akhirnya saya menemui kaedah saya sendiri yang bagi saya sangat mudah dan senang untuk dipraktikkan jika semua kaedah diatas setelah dicuba tapi masih mengelirukan dan tidak mencukupi.. Ini bukanlah kaedah yang hebat tapi bagi saya ianya adalah yang terbaik untuk saya sendiri..
1 - Kaedah pertama ialah melihat muka murai batu.. murai batu betina hujung pangkal garisan mulut terlihat lebih menjauhi bola mata ataupun hujungnya tidak akan berada di bawah bola mata tetapi antara 2mm atau betul2 menyentuh bebola mata jika dibuat garisan paksi semasa kepala berada dalam keadaan sejajar seperti dalam gambar rajah.. Bagi mb jantan pula, jarak hujung pangkal garisan mulut akan melebihi sedikit garisan mata atau melebihi banyak dan berada di bawah bola mata dan hujung garisan akan menjunam ke bawah sedikit membuatkan ia kelihatan agak garang..
![]() |
MURAI BATU BETINA |
![]() |
MURAI BATU JANTAN EKOR PAPAN |
![]() |
MURAI BATU BETINA |
![]() |
DAYANG MURAI BATU JUARA JANTAN |
Kaedah seterusnya ialah memeriksan alat kelamin mb tetapi saya rasa ini suatu yang agak susah untuk anda lakukan dan cukuplah dua kaedah tadi sahaja..
Saya rasa dua kaedah ini sangat mudah dan sangat ringkas untuk dipraktikkan bagi sesiapa yang mengalami kesulitan.. saya berharap, dengan adanya kaedah ini sekaligus akan memudahkan bagi mereka yang meminati hobi ini.. Semoga ia akan memberi manfaat kepada kita.. sekian terima kasih.. Ikuti sambungan seterusnya..
-BERSAMBUNG-
Mb betina boleh jd umpan menggunakan jebak tak ?
ReplyDelete